Thursday, June 13, 2013

Ayah, papa, walid, bapak and so on :)

assalamualaikum wahai my blog-walking yg tersayang , how's your life my dear? everything good? i hope so :) okey, there's anyone missing me? who's missing me? put your hands up! terima kasih la sebab sudi baca kak ton writing london nie, al maklumlah, kak ton ingat nak jual produk kak ton gah la vogue the vasssssss gitu sampai ke international you!

sebenarnya saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa, ayah , bapak abi, walid or everything la yeaa. walaupun x sehandsome Adi Putra bdiri anda, x segagah Aaron Aziz, x sekelakar Johan, x secute macam Shuib sepah, and bla bla blaaaaa. anda tetap ayah yang terbaik bagi anak-anak anda di dunia ini, Menjadi seorang ayah jugak bukan suatu perkara yang senang, walaupun ada di kalangan bapa-bapa ni x masak, kemas umah, basuh baju and bla bla blaaa, tapi tanggungjawab 2 penting. Ayah ni lah nakhoda dalam keluarga kita, ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki, menjaga kebajikan keluarga dia, menjadi imam dalam keluarga dan, sentiasa menasihati, mendidik, menjaga dan menyayangi anak-anak dia sepenuh hati.

Bila sebut pasal ayah, tipulah kalau aku kata mata aku x bergenang, walaupun x mengalirkan air mata, tapi sebak di hati siapa yang tahu kan? mungkin dugaan ni x sehebat dugaan orang di luar, tapi kehilangan ayah waktu usia aku masih muda dan baru nak matang adalah suatu yang memeritkan. Orang selalu ingat kalau anak perempuan mesti dengan ibunya, kenapa ek? bagi ku sama je, aku perlukan kedua-duanya. Kini aku dah hilang 1 daripadanya dan aku x nak hilang 1 yang lagi :)

Ayah disahkan menghidap kanser masa aku darjah 5 or 6 aku x pasti. Yang masih segar dalam ingatan aku, ramadhan terakhir sebelum ayah di sahkan menghidap kanser, aku x tau kenapa dalam hati aku berkata " bilalah agaknya aku dapat makan macam ni sekeluarga". Ayat 2 datang masa kami sedang berbuka puasa dan aku rasa ade sesuatu yang akan terjadi, tapi aku diamkan dan akhirnya, ayah di sahkan ada kanser, aku x menangis, aku x tau kenapa aku x menangis. Then, mula lah kehidupan di mana ayah sering ulang alik hospital dalam masa 2 tahun sahaja.

Ayah pergi masa aku berusia 14 tahun dan aku masih ingat, waktu 2 baru je 2 or 1 minggu sekolah bukak. Aku x menangis waktu ayah sedang nazak, waktu ayah menghembuskan nafas terakhir pon aku x berapa nak menangis, tapi aku ingat, waktu jenazah ayah nak turun dari rumah, aku menangis semahu-mahunya. Waktu 2 hujan lebat sangat. Aku jadi bingung and blur sekejap. semua macam baru je berlaku. Bila dah balik dari kubur, aku pergi rumah nenek, bila saudara mara aku pandang aku, aku just senyum je, bila orang datang rumah aku, aku hanya senyum je, x tau lah kenapa. Malam 2 aku tido atas tilam yang jenazah ayah tempatkan.

Ayah aku seorang yang sangat cool and sempoi, tapi dia seorang yang kuat merajuk. Haha. Kalau gaduh dengan ibu, ibu pulak yang pujuk dia, apa lah ayah nie. ayah aku seorang yang berbakat. dia sangat pandai dalam mathematics, dulu, everyday tuition mathematics dengan dia. ayah pandai masak. Mee Hailam ayah sedap sangat. tapi sayur goreng ayah x sedap, pahit tauuuu. hehhehe. ayah pandai menyanyi, suara die sedap, selalu duet dengan ibu, diaorang selalu duet lagu sandarkan pada kenangan, ala yang Jamal Abdillah dengan Siti Sarah 2, hehe, ayah saya handsome, macam Nate Russ penyanyi Fun 2. Hehe. ayah saya pandai berenang, dulu dia masuk ALAM, kalau pergi laut or swimming pool, mesti dia bawak saya berenang, ayah saya pandai berfesyen, pandai main bowling, pandai bab-bab computer nie, pandai main keyboard and piano, pandai main guitar, pandai bahasa inggeris, pandai bawak saya makan sedap-sedap. Hehe

walaupun ayah dah x ada, tapi semangat ayah tetap bersama kami sampai bila-bila, biar berjuta, bermillion berbillion ayah di dunia, tidak ada yang sama seperti ayah saya yang 1, kerana nama saya Shahizatul Ainah bt  SAPRUDIN ! saya anak SAPRUDIN B ANUAR BEK. gua cakap dengan lu, tiada ayah se cool dia di dunia ini, i love my father very much!!!! semoga anda semua sentiasa menhargai ayah anda, selagi mereka masih hidup ni. Salam, dan kucup tangannya, jangan jadi macam saya sebab saya menyesal x dapat salam dan kucup tangan dia sebelum dia pergi, sebelum dia meninggal, beberapa hari 2 saya lupa nak salam dia, sampai sekarang saya menyesal .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...