Saturday, June 29, 2013

KAWAN SEPERJUANGAN

assalamualikum wahai pembaca kak ton :)








maaflah sebab dah jarang tulis blog ni sebab aku dah masuk semestar baru, serious macam x percaya je yang aku dah semestar 5. another step to the final, yeeaaaahhhh! i can't wait to the final step. Semakin hari semakin mencabar kehidupan sebagai seorang student ni, assignment, practical task memang memberikan aku kekuatan mental dan fizikal, cehhhh! menyampah dengan ayat skema ni. kihkih :D

aku sangat bersyukur sebab dekat sini, aku di kelilingi dengan orang-orang yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa memberikan aku nasihat, dan harapan untuk terus berjaya. Walaupun kami di sini sering kali berselisih faham, bergaduh tapi kami semua tetap berkawan sebab kami tahu kami amat memerlukan antara 1 sama lain untuk mendapatkan Diploma dan berjaya ke peringkat seterusnya sebagai pelajar. InsyaAllah.

Dulu dalam kelas aku kami seramai 24 orang macam 2, tapi akhirnya, hanya 19 je yang dapat di selamatkan dalam Kelas DHK 5 C kini. aku harap 19 ini akan kekal dan x ada lagi yang akan tercicir lagi. harap-harap begitulah. Sejujurnya, aku sayangkan semua kawan-kawan aku di dunia ini, tak kiralah dari zaman aku di lahirkan, zaman tadika, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah dan hingga kini, terima kasih menjadi kawan saya.

yang selalu menjadi kawan sehingga kini thank you to ekin, nabila, afiq, zai dan semua budak kelas 5 melur dulu, serious aku rindu korang semua !!

Thursday, June 13, 2013

Ayah, papa, walid, bapak and so on :)

assalamualaikum wahai my blog-walking yg tersayang , how's your life my dear? everything good? i hope so :) okey, there's anyone missing me? who's missing me? put your hands up! terima kasih la sebab sudi baca kak ton writing london nie, al maklumlah, kak ton ingat nak jual produk kak ton gah la vogue the vasssssss gitu sampai ke international you!

sebenarnya saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa, ayah , bapak abi, walid or everything la yeaa. walaupun x sehandsome Adi Putra bdiri anda, x segagah Aaron Aziz, x sekelakar Johan, x secute macam Shuib sepah, and bla bla blaaaaa. anda tetap ayah yang terbaik bagi anak-anak anda di dunia ini, Menjadi seorang ayah jugak bukan suatu perkara yang senang, walaupun ada di kalangan bapa-bapa ni x masak, kemas umah, basuh baju and bla bla blaaa, tapi tanggungjawab 2 penting. Ayah ni lah nakhoda dalam keluarga kita, ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki, menjaga kebajikan keluarga dia, menjadi imam dalam keluarga dan, sentiasa menasihati, mendidik, menjaga dan menyayangi anak-anak dia sepenuh hati.

Bila sebut pasal ayah, tipulah kalau aku kata mata aku x bergenang, walaupun x mengalirkan air mata, tapi sebak di hati siapa yang tahu kan? mungkin dugaan ni x sehebat dugaan orang di luar, tapi kehilangan ayah waktu usia aku masih muda dan baru nak matang adalah suatu yang memeritkan. Orang selalu ingat kalau anak perempuan mesti dengan ibunya, kenapa ek? bagi ku sama je, aku perlukan kedua-duanya. Kini aku dah hilang 1 daripadanya dan aku x nak hilang 1 yang lagi :)

Ayah disahkan menghidap kanser masa aku darjah 5 or 6 aku x pasti. Yang masih segar dalam ingatan aku, ramadhan terakhir sebelum ayah di sahkan menghidap kanser, aku x tau kenapa dalam hati aku berkata " bilalah agaknya aku dapat makan macam ni sekeluarga". Ayat 2 datang masa kami sedang berbuka puasa dan aku rasa ade sesuatu yang akan terjadi, tapi aku diamkan dan akhirnya, ayah di sahkan ada kanser, aku x menangis, aku x tau kenapa aku x menangis. Then, mula lah kehidupan di mana ayah sering ulang alik hospital dalam masa 2 tahun sahaja.

Ayah pergi masa aku berusia 14 tahun dan aku masih ingat, waktu 2 baru je 2 or 1 minggu sekolah bukak. Aku x menangis waktu ayah sedang nazak, waktu ayah menghembuskan nafas terakhir pon aku x berapa nak menangis, tapi aku ingat, waktu jenazah ayah nak turun dari rumah, aku menangis semahu-mahunya. Waktu 2 hujan lebat sangat. Aku jadi bingung and blur sekejap. semua macam baru je berlaku. Bila dah balik dari kubur, aku pergi rumah nenek, bila saudara mara aku pandang aku, aku just senyum je, bila orang datang rumah aku, aku hanya senyum je, x tau lah kenapa. Malam 2 aku tido atas tilam yang jenazah ayah tempatkan.

Ayah aku seorang yang sangat cool and sempoi, tapi dia seorang yang kuat merajuk. Haha. Kalau gaduh dengan ibu, ibu pulak yang pujuk dia, apa lah ayah nie. ayah aku seorang yang berbakat. dia sangat pandai dalam mathematics, dulu, everyday tuition mathematics dengan dia. ayah pandai masak. Mee Hailam ayah sedap sangat. tapi sayur goreng ayah x sedap, pahit tauuuu. hehhehe. ayah pandai menyanyi, suara die sedap, selalu duet dengan ibu, diaorang selalu duet lagu sandarkan pada kenangan, ala yang Jamal Abdillah dengan Siti Sarah 2, hehe, ayah saya handsome, macam Nate Russ penyanyi Fun 2. Hehe. ayah saya pandai berenang, dulu dia masuk ALAM, kalau pergi laut or swimming pool, mesti dia bawak saya berenang, ayah saya pandai berfesyen, pandai main bowling, pandai bab-bab computer nie, pandai main keyboard and piano, pandai main guitar, pandai bahasa inggeris, pandai bawak saya makan sedap-sedap. Hehe

walaupun ayah dah x ada, tapi semangat ayah tetap bersama kami sampai bila-bila, biar berjuta, bermillion berbillion ayah di dunia, tidak ada yang sama seperti ayah saya yang 1, kerana nama saya Shahizatul Ainah bt  SAPRUDIN ! saya anak SAPRUDIN B ANUAR BEK. gua cakap dengan lu, tiada ayah se cool dia di dunia ini, i love my father very much!!!! semoga anda semua sentiasa menhargai ayah anda, selagi mereka masih hidup ni. Salam, dan kucup tangannya, jangan jadi macam saya sebab saya menyesal x dapat salam dan kucup tangan dia sebelum dia pergi, sebelum dia meninggal, beberapa hari 2 saya lupa nak salam dia, sampai sekarang saya menyesal .

Friday, June 7, 2013

RODA KEHIDUPAN


hello semua, hey guys, aku selalu orang cakap muka aku x sama dengan usia, usia aku akan masuk 20, mungkin kerana pengajaran hidup buat aku nampak lebih matang. Dalam dunia ni, Allah S.W.T akan bagi setiap manusia di muka bumi ni dugaan, berbagai-bagai dugaan dan x kan pernah henti. Tau kenapa? sebab dia sayangkan hambaNya sebab 2 dia selalu bagi dugaan, bukan Allah x sayang, jauh sekali membenci. tapi, Allah bagi dugaan yang dia tahu kita nie, hamba dia boleh harungi, boleh hadapi pagit getir kehidupan yang ada. Kita nie istimewa di mata Allah s.w.t itu. Memang kita akan bersedih, kita akan kecewa, tapi kalau kita redha dan ikut jalan yang betul, insyaAllah kita dapat hadapi. Kehidupan aku selepas kehilangan ayah, memang hidup aku pernah berada di roda kehidupan paling bawah, ibu dulu selalu pinjam kereta orang sebab nak hantar kuih, yelaa, kereta asyik buat hal je, tapi aku untung dan kagum sebab ibu aku seorang yang kuat, seorang yang tabah, Allah s.w.t x pernah henti duga kami sekeluarga, bila kami dapat duit lebih sikit, mula la ada benda yg kene buat, lebih kurang 4 or 5 tahun jugak la kami hidup susah, siapa tak sedih bila ibu kita sendiri bangun pkul 2 or 3 pagi buat kuih then hantar kuih, pas 2 balik rumah buat kuih lagi, prepare if ade catering, pas 2 pkul 10 malam baru tidur, pukul 3 nak bangun dah, tapi ibu tabah, pernah jugak aku nak kerja masa cuti sekolah, tapi ibu x bagi, bila ade catering, aku akan tolong ibu, mungkin sebab itu aku agak garang dengan adik-adik aku, sebab aku x nak susah kan hati ibu, then 1 hari kami di beri rezeki lebih, ibu dah x pinjam kereta orang dah, ibu beli kereta baru hasil titik peluh dia, tapi biasa lah, manusia, x pernah nak lihat kita hidup senang sedikit, mula lah melemparkan fitnah mengata ibu aku macam-macam, tapi aku hanya diam kan, aku x mampu buat apa-apa sebab aku bukan jenis yang reti nak sound orang beb, tapi ibu macam biasa, terus tabah menghadapi semua dugaan, bukan aku x pernah lihat ibu menangis, bukan aku x menangis, aku menangis, tapi dalam hati, sebab aku ada lagi 3 orang adik yang perlu aku beri kekuatan, kini, Allah s.w.t berikan kami sedikit rezeki dan kami sering berkongsi rezeki itu bersama-sama orang di sekeliling kami, sebab orang-orang inilah yang selalu ada waktu kami jatuh, waktu kami susah, dan tanpa mereka, kami x kan mampu hidup macam nie, walaupun tidak kaya, x ada rumah banglo, kereta besar, tapi ini dah cukup, aku dah puas susah, aku dah pernah berada di roda paling bawah, dan aku hanya mampu berdoa semoga Allah s.w.t itu sentiasa berikan kami rezeki yang murah, tabahkan hati kami semua dan tabahkan hati saudara mara orang-orang yang berada di roda kehidupan yang bawah. kita x kan selamanya di atas dan kita x kan selamanya di bawah. yang paling penting, pekakkan telinga bila orang nak judge kita, who are you to judge me? kita semua manusia, x kan pernah lari dari membuat kesilapan.
♥ my mother! saranghaeeeeee

Wednesday, June 5, 2013

SIBLINGS


Assalamualaikum semua, apa khabar wahai kak ton? hehehe, actually kan, aku rasa dah kekeringan idea nak story pasal apa, then semenjak dua menjak tiga menjak angah pergikan, aku rasa sunyi rumah nie, yela, selalu mulut aku nie mesti nak menggabak panggil nama angah, mesti nak bergurau dengan angah, perangai aku, aku suka kacau angah sangat-sangat. sebab die mesti marah, hahah. 

dalam keluarga, aku anak pertama dan aku ada ade 3 orang adik perempuan yang comel comel belaka, macam putih putih melati, hahaha kami 4 beradik x kan terpisah, macam iklan Digi Buddyz, x kan terpisah yowww! okey, iklan kejap, hehehe. jadi anak pertama nie banyak cabaran dia, banyak tanggungjawab dia, apa-apa terjadi dalam keluarga, orang akan tanya kita, apa-apa terjadi dekat adik- beradik kita, kita akan di soal, bukan senang wahai peminat kak ton semua, itulah kakak, macam iklan 2, aku kan akak :) 

adik aku, angah kini dah masuk zaman belajar kan, aku tau die boley, die memang garang, sikit2 nak mengamuk, tapi aku tau, nanti die balik dia akan berubah, bila depan mata lain rasanya, dia kini di Uitm Kuantan, semoga kau dapat apa yang kau impikan, aku nampak semua gembira dengan kejayaan kau, InsyaAllah :)

yang no 3, nie nanu, kitaorg kat rumah panggil die EMBAM ! haha, padahal die kurus and tinggi je, aku pon x faham lah kenapa lah adik2 aku panggil die EMBAM, aku ingat lagi waktu die kecik2, die nie bega and degil, selalu kene rotan dengan aku, jahat kan aku? huhu, biasala 2, aku hanya nak mengajar die je, sebab masa 2 ayah dah meninggal, aku kesian tengok ibu, tapi diaorg nie degil, letih mak memekak haaa nokk! tapi, dia pon pandai, dia macam adik aku yang no 2, adik2 aku semua pandai2, x macam akak dia ( malu kita ). aku tau dia akan berjaya satu hari nanti, walaupun dia degil, tapi bila dah besar, die pandai jalankan tanggungjawab dia, and aku tau, dia paling sedih sejak angah pergi belajar, aku nampak 2, dalam kereta masa on the way balik seremban lepas hantar angah, die menangis dalam kereta, aku? menangis dalam hati je beb, nanti make up i cair pulak. hahahha

haaa, yang last sekali nie, nama die ieqa, ieqa baru je darjah 3, dan aku sayang dia dan kalau aku pergi mana2, mesti belikan dia apa-apa. yup, sebab nasib dia sangat kesian, dia x sempat nak rasa kasih sayang seorang ayah yang telah pergi meninggalkan dia masa die berumur 2 tahun, budak umur 2 tahun, tahu ape wey? dulu, everyday dia tanya, bila ayah nak balik? ayah tidur lamanya, bila ayah nak bangun, kadang-kadang, aku x sampai hati nak marah dia, bila dah marah dia, rasa menyesal pulak kat diri nie, sebab die x macam kami semua, die membesar tanpa ayah, hanya 2 tahun je dia dapat rasa kasih sayang seorang ayah, dalam keluarga, dialah penghibur kami :)

kalaulah ayah masih ada, mesti ayah gembira and seronok kan sebab anak kesayangan dia, angah dah masuk U, amik course law lagi, mesti ayah bangga, sebab angah nie, ayah  x pernah nak marah dia, sebab angah anak kesayangan ayah, hehe. kalau ayah ada, agak-agak ayah bangga ke dengan aku wahai kak ton semua :) ?

Monday, June 3, 2013

SEREMBAN - KUANTAN - UITM JENGKA: family


Assalamulaikum semua, entry kali nie tentang aku dan keluarga pergi ke Kuantan dan seterusnya ke UITM Jengka untuk menghantar adik aku Shahizatul Aini sebab dia dapat masuk sana untuk course Asasi Undang-Undang. tahniah! yup, die memang pandai, x macam akak dia :) biasalah, dalam keluarga mesti ada seorang yang akan terpeleut sikit, heheh

tapi sebenanrnya aku sedih sikit sebab dah x adde teman nak bergaduh sama-sama, jalan sama-sama, aku akui, terasa kesunyian itu, walaupun kami sering bergaduh, tapi bak kata pepatah, air yang di cincang tidak akan putus kan :)

untuk adik aku, belajar lah sebaik mungkin, zaman belajar memang banyak cabaran, tapi itu semua mengajar kita menjadi lebih dewasa, jangan terlalu study, aku tau course kau agak tough, tapi try untuk bagi masa untuk diri sendiri nanti, pandai bawak diri, jaga diri, pandai pilih kawan, jaga maruah diri dan keluarga kita, kau yang paling orang pandang angah, sebab kau pandai, aku tau kau boley, jika aku di beri pilihan sama ada kejayaan kau atau aku, aku pilih untuk kejayaan diri kau, sebab aku kan akak :)

aku tau aku agak tidak berjaya, sebab adik2 aku lebih berjaya nanti, semua nye demi mereka, kini, seorang dah pergi ke zaman remaja, zaman penuh cabaran, tinggal 2 orang je, rumah makin sunyi, kadang2 aku pon x perasan bila masa kami membesar kan , dulu adik beradik lah kawan kita, main sama2, mandi sama2, tidur sama2, makan sama2, a moment with a family are a best and beautiful moment. semoga kau berjaya angah :)

Thursday, May 30, 2013

i love Baby


Assalamualaikum semuaaaaaa, hye peminat2 kak ton, rindu kak ton x? kak ton comel kan, slim lagi, okey okey semua, meh sini meh dekat, jangan dok malu2, saya nie nak habak mai la nohh, saya nie x boley la hai tengok baby nie, x tau pasai pa, mesti geram sangat laaaa, cek pon x tau laaaaa, kalau nampak baby nie, cek rasa nak cium2, nak gomol2, nak culik bawak balik boley main geletek2 dengan kak ton! muahahaha.
budak banyak cakap bila dah besar, best layan dia!

tapi kan, cek x tau la kenapa la orang zaman la nieee, main buang jeee babyi depa noooo, depa x tengok ka betapa suci, murni, comel macam gwiyomi yg hampa sibuk dok tengok kat youtube 2, gwiyomi paling comel la konon! comel lagi kak ton kan? errrmmmm,

haisssh, sibuk je nak cakap jugak kan kak ton nieeee,  nie cek nie sedih benar laaaa, kenapa la depa dok buang-buang, janganla buang, hampa boley kasi kat sesiapa yang nak, ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin , walaupun sekarang nie kan ramai rakyat Malaysia yang nak tunjuk bagus, x habis2 nak merusuh, apa depa ingat nie negara yang suka berperang ka? itu lah depa nie, dah terlalu pandai sangat, jaga lah sikit keamanan negara kita nie, yang sedih nye, rata-rata nye kaum apa yea? x nak cakap laaa

okey, berbalik kepada baby tadi, harum bau baby nie x boley nak di sangkal lagikan, asyik kita nak cium je baby nie, kecomelan mereka juga tiada tandingan, kadang2 bila mereka menangis, lagi kita seronok, sebab kita suka mengusik baby nieee, geram je tengok, gigit2 sikit, cubit2 sikit, hehehe, tapi bila baby meragam? haaaa, habis laaaaa,

kita patut lindungi baby nie, sebab mereka belum matang, bukan baby je, kanak2 pon sama, jangan la kita dera mereka, kita buang mereka, kita biarkan mereka mati macam 2 jee, lalu anjing gigit mereka, InsyaAllah 1 hari nanti mereka akan membersar menjadi orang yang lebih bertanggungjawab dan insan yang baik, yang paling penting, melentur buluh biarlah dari rebungnya :)
kami awie dan erra masa kecil-kecil dulu . muahaha

Wednesday, May 29, 2013

GOOD LUCK NEW STUDENT


Assalamualaikum wahai semua peminat kak ton, ecehhhh, ade ke peminat kak ton di sini, baru je start dengan 2 entry, dah berlagak diva yea kau kak ton oiiii, ceeiiiitttt! okey, jangan layan kak ton nie, die tengah dok meroyan sebab produk die melonjak naik sejak jadi diva nie you alls! muaahahahha

okey, tiba2 kan saya rasa nak cerita tentang orientation kat adik2 yg bakal masuk ke alam STUDENT ini, x kisah la U ke poli ke kolej ke, alam ini lah yang akan anda tempuhi, cuma 1 je, kita harus tabah, kita kene pandai pilih kawan, memang pemilihan kawan adalah perkara yang sangat sangat sangat penting, dan yang paling penting, tolong lah jangan jadi culture shocked!!!! nanti jadi mcm nie haaaaa
haaaa, amik kau! kak ton pon comel lagikannn

dah banyak terjadi perkara2 macam nie, tapi yang penting, diri sendiri okey adik2. lagi ape ek? errmmmm, adik2 kene lah biasa kan diri dengan asrama nie, biasala 2, akak dulu pon selalu je homesick, sangat homesick, pernah menangis sendirian tauuuu, hehhe, itu perkara biasa dalam jadi student nie, bila dah berjauhan, mula lah rindu family, masa dengan family, di marah nya adik2 nyaaa, mak suruh pon x mau buat! haha, relax brother brother relax! kak ton pon mcm 2 jugak, habis si hamunnya adik kak ton, tapi adik kak ton jenis x amik kisah, sbb diaorg telinga selalu terpasang lagu korea!! 
haaa, jangan dok menung lama2, nanti hantu mak cik karipap yang muncul

lagi lagi lagi, adik2 sabar yea masa orientation day nnti, biasa la 2, kene buli dengan senior, miahahahha, dan tido mmg lambat, bangun mmg awal. that is orientation day! hahha, akak dah rasa mcm mane jadi gila seminggu, x entu arah, tapi mmg susah nak carik kawan, seminggu dik oiii, akak sorang2 jee, makan sorang, mandi sorang, tido sorang, cakap pon sorang2, nasib baik x gila jadinyaaaa mak nieeeeeee. 
then masa orientation day nnti, seminggu kan, mmg mata rabak laahhh, tapi ko jangan la tido dalam dewan 2 nanti, pas 2 mulut ternganga kan, air liur pon meleleh je kannn, confirm gambar kau diaorg amik nnti dik oiiii, lagi 1, akak nasihat kan, x payah la nak bershawl shawl bagai, tudung sarung je laaa, nnti dh habis orientation day, ko nak pakai mcm najwa latip ke, ainan tasnem ke, shahizatul ainah ke, eh, ade ke artis nama shahizatul ainah? coming soon kot... muahahaha : D baru lah ko pakai yeaaa,,,, ikut keselesaan, yang paling penting, jaga kesihatan okey, belajar rajin-rajin, insyallah, doakan kejayaan kawan2 yang lain, doakan kejayaan akak shahizatul ainah nie jugak yeaaa, yang penting! FIGHTING!!!! 



Monday, May 27, 2013

DO YOU MISS ME?

Assalamualaikumwarahmatuallahhowabarokatu, hello semua wahai my dearest pembaca di luar sana, serious, aku dh terlalu lalu lalu lalu lama meninggalkan dunia blogging, tapi aku x pernah tinggalkan dunia facebooking!! muaahahahha :P
Maaf wahai dear semua, sejak masuk ke alam student IPT nie serious hidup aku berubah dari kecil terus membesar tanpa henti, gua x tipu beb, tolong lah percaya gua :( 

Aku kini seperti mempunyai anak seramai 11 orang, cehhhhhhh, boley buat pasukan bola gitu kannnn. hahahha. x ade la teruk mana, cuma agak berisa dari 50 plus plus sehingga ke 60 plus plus, ehhhhh, cam ne 2, gua dh try nk kurus beb, tapi , alamak aiiii, nafsu makan membuak buak buak buak buak sampai nak termuntah haaaa. tapi x pe, untung ade orang saya, ( membayangkan muka si dia sebentar,harap jealous =_=) ceeiiit, menyampah mak! 

okey okey okey! attention ladies and gentlemen, father mother gentlemen ( amik ayat PSY sebentar, maaf acik PSY nnti sila claim duit nuffnang kat saya okey sambil berjoget gangnam style ) 
harap maaf, gambar ini hanya nak meraih rating tinggi untuk blog saya, sila lah like
Aku hanya nak say Hello kepada semua para rakyat Malaysia di luar sana, apa khabar orang kampung? apo kono eh jang? sihat ko? dah makan ko? amacam kerja? study? cuti? makwe pakwe? family? abang ipar? akak ipar? biras? besan besen semua? musuh? ehhh , tak tak, jangan ada musuh antara kita okey kerana kita adalah 1 Malaysia, papa Najib kata ape? 1 Malaysia okey semua! sayangi Malaysia , hindari aedes!!
i love my papa najib 3>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...