Tuesday, November 29, 2011

Idol :)

Assalamualaikum pembuka bicara :) . sihat ke sahabat-sahabat sekalian? saya juga begitu. alhamdulillah :) hari nie saya ingin berkongsi berita gembira apabila kakak saudara saya menyatakan kepada saya bahawa die ingin sekali untuk kekal berhijab . alhamdulillah, semoga Allah S.W.T sentiase mempermudahkan niat murni beliau itu kerana Allah sentiase ada di samping kita, jangan menangis bila kehilangan kawan, kerana kawan yang paling rapat adalah Dia.selagi kita di muka bumi ini, Dia sentiase bersama.

ramai yang cakap saya kuat, sampai orang cakap, nak tertunggu saya menangis. saya susah untuk menangis depan mereka semua.tapi sometimes akan menangis lepas balik kuliah :p yes, bila dah x boley control, menangis la. roomate pon perasan tapi buat x perasan. hehe. yea, saya memang cuba untuk jadi seorang yg tabah.nak tahu siapa idol saya. dua orang gadis yang sangat tabah dalam hidup saya. mereka adalah Nur Shahirah bt Amir Hamzah ( seorang doktor ) dan Suria Bt Huszaini ( bakal guru ) . semangat mereka, semangat saya. bila bersama mereka, setiap perbuatan mereka saya teringin menjadi seperti mereka. tabah. suka duka mereka boleh lalui.


kekuatan wanita itu adalah pada hati, kerana wanita sentiase cekal dan tabah sepanjang hidup. sebab itu wanita selalu memberikan nasihat kepada lelaki kerana wanita memandang ke arah masa depan kelak. bukan kerana queen control.hehe. jangan mengeluh dengan setiap ujian Allah, kadang2 saya juga begitu, tapi saya sentiase ingat dan akan  sematkan dalam hati yang Allah S.W.T x akan turun kan ujian yang tidak boleh di lalui oleh hambaNya,die tahu di mane kekuatan setiap hambaNya :)

sekian , wassalam :)

Monday, November 28, 2011

Fadhilat Ayat Kursi


  1. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
  2. Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
  3. Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.
  4. Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
  5. Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  6. Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
  7. Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
  8. Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.
InsyaAllah…

Sinar :)



assalamualaikum teratak ku ini :) sudah lame jugak saya menyepikan blog yang hampir 'berhabuk' nie . hehe. hye para pembaca dan kawan-kawan saya sekalian.maaf kerana lama tidak menulis padahal bermacam-macam perkara yang berlaku pada diri saya sepnajang tidak menulis di blog.dulu,pantang dapat peluang,terus cerita.tapi,maklumlah,sekarang assgmnt adalah segalanya .HAHA.

tiba-tiba sahaja hati ini di panggil oleh 1 suara yang tidak saya pasti,tanpa saya sedari,suara itu mahukan saya berubah dari yang sekarang. yeaaa, memang saya seorang perempuan yang bertudung,tapi hakikatnya,tidak semuanya saya 100 peratus muslimah,masih banyak perkara yang saya terlepas pandang untuk menjadi seorang muslimah yang baik budi pekertinya. maaflah, saya hanya muslimah di sebalik kain tudung sahaja, saya tidak malu untuk berkongsi kerana saya ingin kawan-kawan yang lain turut sedar.

apa yang saya maksudkan? saya tidak cuba untuk ikhlas,tidak serius untuk menunaikan kewajipan yang 1,adalah solat. segalanya membuka mata saya selepas saya melanjutkan pelajaran di Melaka.kawan-kawan saya ramai yang ikhlas mengerjakan solat,saya terbuka hati untuk mengikut jejak mereka,kini,saya cuba untuk memenuhi 5 waktu yang jarang saya penuhi.terasa jahil diri ini.

saya akan berubah,tapi tidak secara drastik.saya akan cuba slow-slow untuk berubah. yeaa,memang penuh puasa saya,tapi berbaloi ke puasa yang penuh tetapi tiada pahala kewajipan yang memang wajib? Ya Allah, terima kasih kerana telah membuka pintu ini,walaupun sedikit yang hamba-Mu ini nampak.saya akan cuba untuk mengubah cara percakapan,pemakaian.saya sedang cuba,sedang belajar,wahai sahabat,jika ada kesalah saya,minta lah di tegur jika ia untuk kebaikan,jika 1 hari saya berubah,minta la di tegur segalanya .terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...